marmut | binatang spt tikus tetapi lebih besar yg dibela sbg binatang manjaan atau utk dijadikan bahan eksperimen; tikus belanda, Cavia cobaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
marmut | sj binatang spt tikus yg agak besar (biasanya dipelihara orang), tikus belanda, Cavia cobaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
argus | sj binatang, tikus belanda, marmut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tikus I | sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba membaiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah terbakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditimpa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggalkannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |