martil | alat yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; palu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
martil | pemukul, palu, tukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merton | Kd martil, tukul besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penukul | pemukul (kecil), martil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
godam | palu (tukul, martil) besar; menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2. (Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu: perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera; penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab; penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukul | = penukul pemukul (kecil), martil; ~ besi tukul yg dibuat drpd besi; ~ kayu tukul yg dibuat drpd kayu; adat ~ lantak bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); tapak ~ kesan drpd melakukan sesuatu (bukti drpd mengerjakan sesuatu); menukul memalu (memantak, melantak, dll) dgn tukul: kepingan logam menjadi panas apabila ditukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palu godam | palu (tukul, martil) besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penokok | alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pukul besi | tukul besi, palu (martil) drpd besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tokok II | = penokok alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul; menokok memalu, memukul, mengetuk, menukul; ~ gamelan memalu gamelan; ~ kawat Id berkirim telegram; tokok-menokok 1. ketuk-mengetuk, pukul-memukul; 2. ki saling mencela (salah-menyalahkan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |