tanak-tanakkan | bermain masak-masak (bkn anak-anak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenungkan | memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berancang | 1. dgn diatur (difikirkan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rancang II | ; berancang 1. dgn diatur (difikirkan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mempersiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. menganggarkan: negara ~ jumlah penghasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mempertimbangkan: kerajaan Indonesia ~ hendak memutuskan hubungan diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, persediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
proaktif | bkn sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal drpd berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
separuh masak | setengah masak, belum masak betul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habis | 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renung II | ; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depannya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setengah masak | a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setengah masak | a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |