kuah | air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraroma | ada aroma, berbau sedap: masakan yg ~ itu ialah masakan India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manakan | tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perisa | 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuah | cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Caca ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd: ~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuah | cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Cara ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd:~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. | Kamus Pelajar |
masakan | barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masakan | mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masakan | mana boleh; masa II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masakan | 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |