kemirau | masih mentah dan keras (bkn buah), kirau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperbudak-budakkan | memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensintesiskan | melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
totok I | 1. bukan peranakan, sejati: Melayu ~; 2. bp masih belum ada pengalamannya, masih baru, masih mentah: ia masih ~ dlm pergaulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masih berbau pupuk jerengau | bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekur | sj tumbuhan (umbinya dibuat ubat), Kaempferia galanga; ~ manis sj tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans; ~ jerangau berbau lagi = ~ jerangau belum habis lagi prb masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar; memanjat pokok ~ boleh mati jatuh prb menerima kesusahan (hukuman) yg berat drpd kesalahan yg sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisik I | 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hatihati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pupuk II | ubat yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan (daun-daunan dll) yg ditumbuk atau digiling lumat-lumat dan diletakkan di ubun-ubun dll; masih berbau ~ jerengau bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi); memupuk meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda | 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hijau | 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitaman; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawasan yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |