Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta] | مات

Definisi : 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
detektif/detéktif/ mata-mata yg mencari rahsia; mata-mata gelap; polis rahsia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
celakabuk hitam (coklat, biru dsb) utk mewarnai kening, bulu mata atau ke­liling mata: ~ mata. bercelak memakai celak. mencelak mewarnai kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak: Ani sedang ~ bulu keningnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keceng/kécéng/ tertutup mata sebelah. mengecengkan; ~ mata memejamkan mata sebelah (spt orang yg sedang membidik). sekeceng; ~ mata sekelip mata: Malam tadi, ~ mata pun saya tidak tidur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sepet(sépét) kuyu, kecil sedikit (mata): mata-nya ~ juga, macam mata orang Cina; menyepetkan menjadikan kelihatan sepet, menguyukan (mata).Kamus Dewan Edisi Keempat
mata-mata gelappolis yg mencari rahsia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mata-matapegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memasang mata-matamengambil polis utk menjaga sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penelikmata-mata gelap, pengintip, penyuluh;Kamus Dewan Edisi Keempat
sepionIB mata-mata (gelap); menyepion mengintip (utk mendapatkan rahsia dll), memata-matai.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekautIB ark mata-mata, penyuluh.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas