mata pedoman | jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barat I | 1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utara I | arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenggara | mata angin di antara timur dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (angin) ~ mandi angin kencang dr tenggara; musim ~ musim tengkujuh (dr bulan April hingga bulan Oktober); menenggara ke sebelah tenggara; selatan ~ mata angin di antara selatan dgn tenggara; timur ~ mata angin di antara timur dgn tenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utara I | arah mata angin yg bertentangan dgn selatan: ~ barat laut arah mata angin di antara utara dgn barat laut; ~ timur laut arah mata angin di antara utara dgn timur laut; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara. | Kamus Pelajar |
tenggara | arah mata angin di antara timur dgn selatan. menenggara ke sebelah tenggara: selatan ~ arah atau mata angin antara selatan dgn tenggara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
utara I | arah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga I | 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selatan | mata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul; ~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~ menenggara arah antara selatan dgn tenggara | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timur menenggara | mata angin di antara timur dgn tenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |