perantaian ke belakang(backward chaining) | Kaedah membuat kesimpulan dalam gelintaran terminal pengetahuan yang dipacu oleh matlamat. Gelintaran bermula dari matlamat yang dikehendaki dan kemudian bergerak ke belakang menuju fakta yang sudah diketahui. | Kamus Komputer |
matlamat | 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan: kempen akan dija-lankan sehingga ~ yg dikehendaki itu ber-jaya; bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti; bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matlamat | 1 apa-apa yg dituju sewaktu menembak, memanah dsb; mata alamat; sasaran. 2 apa-apa yg hendak dicapai dlm sesuatu usaha; tujuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alur | 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila membajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ bertempuh, jalan berturut prb dilakukan menurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbabas | 1. tidak sengaja menyimpang drpd jalan atau matlamat yg dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dsb yg dipandu): perahu itu ~ terlalu jauh ke barat; keretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik; 2. salah arah, menyimpang drpd atau tidak mengenai matlamat: jangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~; 3. ki menyimpang drpd kebiasaan (tujuan asal dsb): dia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utilitarianisme | teori politik dan moral yg menyatakan bahawa matlamat semua per-aturan hidup yg baik ialah utk mencapai ke-bahagian hidup yg paling tinggi bagi seberapa ramai orang yg mungkin, dan tindakan yg dianggap benar atau salah adalah atas dasar sama ada tindakan itu membantu atau meng-halang pencapaian matlamat ini, faham utili-tarian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermatlamat | mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
babas | ; membabaskan membawa, menghanyutkan, menyeret: keinginan utk bebas kadang-kadang dapat ~ orang kpd keliaran;terbabas 1. tidak sengaja menyimpang drpd jalan atau matlamat yg dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dsb yg dipandu): perahu itu ~ terlalu jauh ke barat; keretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik; 2. salah arah, menyimpang drpd atau tidak mengenai matlamat: jangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~; 3. ki menyimpang drpd kebiasaan (tujuan asal dsb): dia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendahului | 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermatlamatkan | mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |