matra | Id ukuran tekanan irama (dlm muzik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matra(dimension) | 1. Saiz yang telah ditentukan bagi suatu susun atur. 2. Kenyataan dalam bahasa pengaturcaraan bagi mentakrif saiz suatu susun atur yang digunakan dalam atur cara. 3. Ukuran panjang bagi objek. 4. Salah satu permukaan satah dalam sistem grafik koordinat. Sinonim dimensi. | Kamus Komputer |
dimensi(dimension) | Lihat matra. | Kamus Komputer |
dwimatra | puisi yg terdiri drpd dua kaki matra (iaitu dua pasang kaki yg bertekanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekod panjang tetap(fixed-length record) | Rekod satu matra yang ditentukan supaya panjang medan bagi jumlah kata, aksara, atau bitnya adalah tetap. | Kamus Komputer |
objek terlindung(hidden object) | Objek dalam paparan grafik tiga matra yang terlindung oleh permukaan atau objek lain. | Kamus Komputer |
prosodi | 1. (Sas) kajian tentang pelbagai aspek persajakan (mis tentang matra, intonasi, rentak, irama dll); 2. (Lin) pola tekanan dan intonasi dlm sesuatu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancapada | (Sas) baris puisi (sajak) yg terdiri drpd lima pola irama atau matra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vektor(vector) | 1. Unsur yang mempunyai sifat arah dan magnitud. 2. Tatasusunan satu matra yang digunakan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
tatatanda Polska(Polish notation) | Sistem tatatanda untuk menyatakan ungkapan matematik atau logik satu matra. Dalam tatatanda ini, ungkapan dinyatakan dengan rentetan lambang kendalian dahulu dan kemudian baru diikuti lambang pengendalinya. Misalnya A tambah B darab dengan C ditulis sebagai '+ABC'. | Kamus Komputer |