matriks bintik(dot matrix) | Matriks yang mengandungi corak bintik rupa bentuk aksara. Matriks ini digunakan untuk memaparkan atau mencetak aksara berdasarkan sama ada sel dalam matriks ada bintik atau tidak. | Kamus Komputer |
matriks | ist susunan nombor yg tertib: ~ baris matriks yg mempunyai satu baris (ke bawah); ~ deret matriks yg mempunyai satu deret (melintang); ~ persegi matriks yg mempunyai bilangan baris dan deret yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matriks persegi | matriks yg mempunyai bilangan baris dan deret yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matriks deret | matriks yg mempunyai satu deret (melintang); | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matriks baris | matriks yg mempunyai satu baris (ke bawah); | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
matriks jalur(band matrix) | Matriks yang mempunyai komponen tak sifarnya sebaris dalam jalur pada garis pepenjuru matriks tersebut. | Kamus Komputer |
matriks | persekitaran atau konteks tempat sesuatu (masyarakat, organisma, fahaman, dsb) berkembang: saya sendiri menyarankan sintesis yg bersifat rasional analitis dlm suatu ~ falsafah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matriks pengekodan(coding matrix) | Matriks yang mengandungi persilangan antara objek dengan kod yang perlu digunakan. | Kamus Komputer |
tatatanda matriks(matrix notation) | Sistem tatatanda untuk menyatakan matriks dalam bentuk singkat yang diperkenalkan oleh Arthur Cayley, ahli matematik Inggeris, pada tahun 1858. | Kamus Komputer |
pencetak matriks(matrix printer) | Pencetak hentaman yang menggunakan matriks bintik untuk membentuk rupa huruf aksara pada kertas cetakan. | Kamus Komputer |