peperangan | perang, perjuangan, pertempuran; medan ~ medan (tempat) berperang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan | /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
medan | (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawasan yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kalangan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat berlakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapangan politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan peperangan | medan (tempat) berperang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan sepunya(common field) | 1. Medan untuk kumpulan rekod atau data yang boleh dicapai oleh dua atau lebih pemproses yang berlainan. 2. Medan serupa yang ada pada dua atur cara atau lebih. Ini membolehkan atur cara mencapai maklumat yang terkandung dalam kawasan sepunya ini. 3. Bahagian atau kumpulan data yang boleh dicapai oleh dua rutin yang berlainan atau lebih kerana medan data tersebut telah diisytiharkan dalam setiap rutin. | Kamus Komputer |
sinaran elektromagnet | rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentas tapak(crossfoot) | 1. Tambahan beberapa medan maklumat pada kad tebuk atau dokumen untuk tujuan penyemakan. 2. Proses menambah atau menolak beberapa medan nombor mendatar untuk digunakan bagi tujuan penyemakan. 3. Proses penambahan atau penolakan nombor dalam beberapa medan yang berlainan dan kemudian menyimpan hasilnya pada medan yang lain pada kad atau helaian hamparan elektronik yang sama untuk tujuan penyemakan. | Kamus Komputer |
kancah I | 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elektromagnetisme | (éléktromagnétisme) (Fiz) 1. kemagnetan yg dihasilkan oleh arus elektrik; 2. cabang fizik yg berkaitan dgn kemagnetan yg terhasil drpd saling tindakan medan elektrik dgn medan magnet. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan magnet | kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |