media elektronik | alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saluran | 1 salur. 2 jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siarawan | (Kom) orang yg terlibat secara lang-sung dlm aktiviti merancang, menyediakan dan menyiarkan rancangan utk disalurkan melalui media elektronik: kebebasan ini sudah disalahgunakan oleh ~ stesen radio swasta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saluran | 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewartawanan | yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wartawan | orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar (majalah); kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salur | , = saluran 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. ~ angin salur tempat angin (udara) lalu ke paru-paru. ~ darah pembuluh yg mengalirkan darah di dlm badan. ~ limfa ist salur (spt salur darah) berdinding nipis dan mempunyai banyak injap, yg berfungsi membawa limfa ke dlm sistem peredaran darah tubuh badan. ~ makanan pembuluh (dr pangkal halkum hingga ke perut) yg menjadi laluan makanan ke perut dan juga menjadi tempat penyerapan sebahagian drpd makanan itu. ~ nadi pembuluh yg mengalirkan darah dr jantung ke bahagian lain dlm badan. menyalurkan 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. saluran 1 salur. 2 jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan. penyaluran perbuatan atau hal menyalurkan: ~ maklumat. sesalur sesuatu yg menyerupai salur atau yg berfungsi sbg salur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salur | sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
media | (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. | Kamus Dewan Edisi Keempat |