Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
labuhpanjang ke bawah; lw singkat: Dia terpaksa melipat lengan bajunya kerana terlalu ~. berlabuh 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. melabuhkan 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). pelabuhan tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. ~ bebas pelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk. ~ entrepot pelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
labuh I1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
melabuhkan1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
melabuhkan1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan);Kamus Dewan Edisi Keempat
melabuhkan1 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb).Kamus Pelajar
melabuhkan1. menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). 2. membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan:Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut.Kamus Pelajar
melandungkan1. memanjangkan ke bawah, melabuhkan; 2. mengendurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
landung Ipanjang ke bawah (tali, seluar, dll), labuh; melandung 1. memanjang ke bawah, me­labuh; 2. kendur, tidak tegang (tali yg teren­tang); melandungkan 1. memanjangkan ke bawah, melabuhkan; 2. mengendurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
limbungan1. kawasan berpagar di pantai tempat melabuhkan perahu atau tempat mandi; 2. = limbungan kapal galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dll), dok.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyinggahkan1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas