memantik | 1. melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluarkan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantik | ; memantik 1. melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluarkan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah; pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melaga-lagakan | 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laga I | 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~ keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb), mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menyabungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau dilagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk berlaga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melagakan | 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~ keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb), mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laga | ; berlaga 1 bersabung (bkn ayam, lembu dll); berkelahi: Pernahkah kamu melihat ayam ~ dgn puyuh? 2 berlanggaran atau berhantukan (bkn kereta, pinggan mangkuk dll). melagakan menghantukkan atau melanggarkan: Beliau telah ~ kepala penyamun itu ke tiang sehingga berdarah. memperlagakan 1 membuat supaya berlaga atau berkelahi (ttg ayam dsb). 2 membuat supaya berlanggar (ttg kereta, perahu dsb). perlagaan perbuatan berlaga atau hasil memperlagakan; perkelahian; perlanggaran: Temasya ~ lembu masih disukai di setengah-setengah tempat. pelagaan perbuatan atau hal melagakan. pelaga 1 suka berlaga atau suka berkelahi. 2 (sesuatu) yg diperlagakan: ayam ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengadu | 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengadu | 1. menjadikan binatang (spt ayam dll) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2. memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3. menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. ~ lidah berbantah; bertengkar. ~ nasib (untung) melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja. | Kamus Pelajar |
berpupuh | 1 berlaga atau bersabung (bkn ayam): Ayam itu ~ dgn puyuh. 2 sedang melagakan atau menyabung ayam dll: ~ ayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membentrokkan | 1. melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan: ia ~ keretanya pd tiang lampu; 2. membuat orang berselisih, melagakan, mengadudombakan: ~ anak dgn bapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |