Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengulang jejaka) kembali melakukan apa-apa yg telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b) berbalik kpd isterinya yg dahulu, rujuk kembali;Kamus Dewan Edisi Keempat
ulangbalik pula, kembali dr permulaan, kembali semula; cetak ~ cetak kembali, cetak sekali lagi; ~-aling a) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dll), terumbang-ambing; ~ bicara pembicaraan yg diadakan sekali lagi (di mahkamah yg lain); ~ tahun a) hari jadi (lahir); b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) utk menyam-but kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting); seulang sekali (lagi); ~ tayang tayangan atau pertunjukan (filem di TV dsb) yg diulang; ulang-ulang sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); berulang 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; ~ kata selalu mengatakan apa-apa yg telah dikatakan; ~ kembali berlaku (terjadi dll) lagi; ~ tahun merayakan hari ulang tahun; berulang-ulang 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; mengulang 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran: tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu bebe-rapa kali dlm seminggu; ~ jejak a) kembali melakukan apa-apa yg telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b) berbalik kpd isterinya yg dahulu, rujuk kembali; ~ tayang menayang-kan (filem di TV dsb) buat kali kedua (ketiga dsb); mengulangi 1. = mengulang-ulang, meng­­­ulang-ulangi selalu benar melakukan (sesua­tu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanya­an­nya yg masih belum berjawab; 2. = meng­ulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, men­ziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai per­ta­nian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kem­bali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; terulang sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi; ulangan 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg berlaku berkali-kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair ini, penyair mem- buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj ujian utk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3. perbuatan datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yg memuaskan; 4. yg diulangi, yg dilakukan (disiarkan dll) utk kali keduanya dan seterusnya: latihan ~; siaran ~ Puspawarna; keberulangan keadaan berulang; perulangan 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~; pengulangan perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; pengulang 1. orang yg mengulang (meng­ulangi); 2. Id orang yg membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
balik I1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
aktif1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing); mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
taubat1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn mening­galkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulangkembali semula; sekali lagi. ~ bicara perbicaraan yg diadakan sekali lagi. (hari) ~ tahun a. hari jadi. b. hari perayaan yg diadakan pd tiap-tiap tahun utk memperingati peristiwa penting (spt hari kemerdekaan). berulang 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. berulang-ulang 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. mengulang 1 melakukan apa-apa yg telah dilakukan sekali lagi: Ia tidak mahu lagi ~ kesalahannya. 2 mempelajari apa-apa yg telah diajarkan sekali lagi: Ia sedang ~ pelajaran sekolahnya. 3 pergi mendapatkan; menziarahi. mengulangi 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. ulangan sesuatu yg dilakukan sekali lagi; sesuatu yg diulang: Drama itu ialah siaran ~. perulangan hal berulang(-ulang). pengulangan hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menuntut1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengawanmelakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuntut; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; ~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, ter-utamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~ bela membalas dgn mem-bunuh seseorang yg telah membunuh orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan bela; penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~ umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tukas IIMn kembali semula, ulang; bertukas-tukas berulang (datang dll); menukas melakukan sesuatu berulang-ulang, mengulang lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas