Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memintas1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-­cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan;Kamus Dewan Edisi Keempat
wayarles(wayarlés)1. tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang elektromagnet di udara (utk menghantar berita); 2. alat yg digunakan utk menghantar atau menerima berita dll tanpa melalui kawat.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyeberangi1 melalui atau menempuh sungai dll; mengharungi: Kita tidak dpt ~ sungai itu kerana airnya terlalu deras. 2 ki menempuh atau mengalami sesuatu kesulitan dll: Selama saya hidup, saya telah ~ seribu satu macam kesukaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merentas1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memintas1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rentas; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lalu1 berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang. 3 kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci, ~ dijemur. 4 berdaya; larat; sanggup: Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5 langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pintas; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kentut1 angin yg keluar melalui jubur. 2 = berkentut mengeluarkan angin melalui jubur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melalui1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas