lalu | 1 berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang. 3 kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci, ~ dijemur. 4 berdaya; larat; sanggup: Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5 langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melalukan | 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melalukan | 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalukan | 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. | Kamus Pelajar |
melalukan | 1. membiarkan lalu; meluluskan:Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2. menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan:Dia ~ kehendak anaknya. | Kamus Pelajar |
lalu I | 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersengkang | 1 terbuka kerana disengkang (bkn mulut dll). 2 terletak melintang (spt tulang pd kerongkongan): Dua tiga kali dia menelan nasi kepal utk melalukan tulang ikan yg ~ di tekaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kopi I | 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihaluskan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suling II | 1. = sulingan cairan yg diperoleh drpd wap (sesuatu yg direbus, dikukus, dll); air ~ = air sulingan air drpd wap air yg disejukkan; 2. Br alat drpd tanah liat utk mendapatkan suling; menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dll) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan: di negeri Arab, air minum disuling drpd air laut; sulingan cairan yg diperoleh dgn cara menyuling, suling; penyulingan perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn menggunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; penyuling alat utk menyuling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengkang | 1 kayu panjang yg digunakan utk memalang pintu (menguatkan kaki meja dll); kayu palang: Mana-mana ~ bangku yg galir hendaklah diketatkan. 2 = tanda ~ tanda yg berupa garis pendek melintang utk menceraikan perkataan. menyengkang 1 memasang sengkang pd sesuatu supaya menjadi lebih kukuh; menyokong dgn kayu palang. 2 menaruh kayu dsb pd mulut supaya terus ternganga agar tidak dpt menggigit, atau pd sesuatu supaya terus terbuka. tersengkang 1 terbuka kerana disengkang (bkn mulut dll). 2 terletak melintang (spt tulang pd kerongkongan): Dua tiga kali dia menelan nasi kepal utk melalukan tulang ikan yg ~ di tekaknya. penyengkang 1 kuda-kuda pd biola. 2 sesuatu yg menyengkang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |