Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melangsung, melangsung-langsung


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
langsung1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara.Kamus Dewan Edisi Keempat
melangsung-langsungtidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas