melanjutkan | 1 menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2 menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan: Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melanjutkan | 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun bersungguh-sungguh benar hendak ~ pelajarannya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanjutkan | 1. menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2. menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan:Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. | Kamus Pelajar |
melanjurkan | melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa, perbincangan, dll), memanjangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menambah kata | melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjukkan minat dlm lumba kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelanjutan | perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan. . | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengulas | menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan, memanjangkan: singkat diulas, panjang dikerat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanjangkan | 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelanjutan | perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan. | Kamus Pelajar |
meneruskan | menyambung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya pengembara-pengembara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. | Kamus Pelajar |