melarut-larutkan | menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: perkara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ perdebatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larut I | 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2. telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam; berlarut-larut berpanjang-panjang (perbualan dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: perkara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ perdebatan; kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |