melati | nama sj pokok atau bunganya; bunga melur, Jasminum sambac. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melati tongkeng | sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga tongkeng, Telosma cordata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melati | bunga melur, Jasminum sambac (pube-scens); ~ tongkeng sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga tongkeng, Telosma cordata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selupan | ark bunga melati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melur | nama sj pokok atau bunganya; melati, Jasminum sambac. ~ hutan nama sj pokok atau bunganya, Jasminum bifanum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harum | 1 sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2 ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberanian, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (masyhur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melur | sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok, gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunga tongkeng | sj tumbuhan (pokok memanjat dan berteras), melati tongkeng, Telosma cordata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harum I | 1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, mewangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keharuman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gajah guling | perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |