Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lau.ti] | ملاءوتي

Definisi : pergi belayar di laut, melayari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melauti


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melautipergi belayar di laut, melayari;Kamus Dewan Edisi Keempat
laut I1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, meng­hebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas