Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : menghiris (buah-buahan) tipis-tipis: Pipinya bagai pauh dilayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.yang] | ملايڠ

Definisi : 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melayangmenghiris (buah-buahan) tipis-tipis: Pipinya bagai pauh dilayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melayang1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melayangmenghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).Kamus Dewan Edisi Keempat
melayang nyawa (jiwa)mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
melayangark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
melayang jiwanyamatiKamus Dewan Edisi Keempat
melayang1. terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin):Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2. ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu.Kamus Pelajar
terbang1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. mener­bangkan 1 membawa terbang; menyebabkan ter­bang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum pen­jara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau me­nerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berterbangan1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbang I1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingat­an, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas