melebarkan | menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melebarkan | membuat jadi lebar, melapangkan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melebarkan | menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan:Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. | Kamus Pelajar |
mengembangkan sayap | a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelebaran | perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencakah | 1. berjalan dgn kaki terkangkang: berjalan ~; 2. melebarkan (cabang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencekah | 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membidangkan | 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebar | /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengembangkan | 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |