ledak | ; meledak 1 pecah dan meletup dgn kuat; meletus: Bom yg dijatuhkan oleh kapal terbang itu telah ~ betul-betul di tengah kota. 2 terbit (peperangan, perkelahian dll): Peperangan dunia kedua mula ~ dlm tahun 1939. meledakkan 1 menjadikan meledak; meletupkan; meletuskan: Mereka telah ~ tempat simpanan peluru musuh. 2 menyebabkan terbitnya sesuatu hal (peperangan dll). ledakan 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. peledakan perbuatan meledak atau meledakkan sesuatu; peletupan: Dia ditangkap kerana turut terlibat dlm ~ bank tsb. peledak alat yg meledakkan (bom, dinamit dsb). bahan ~ bahan yg dpt meledak (spt ubat bedil). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ledak | ; meledak 1. pecah dan meletup (dgn kuat), meletus: bom yg dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pd sasarannya; barang ~ barang-barang yg mudah meletup (spt ubat bedil dll); 2. ki terbit (peperangan, pertengkaran, dll), timbul: peperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pd tahun 1904; meledakkan 1. menjadikan meledak, meletupkan: mereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbitnya atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~ revolusi; ledakan, peledakan 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; peledak alat elektrik atau elektronik yg digunakan utk meledakkan bahan letupan spt bom atau dinamit, peletup; bahan ~ benda yg dapat meledak (diletupkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meledakkan | 1 menjadikan meledak; meletupkan; meletuskan: Mereka telah ~ tempat simpanan peluru musuh. 2 menyebabkan terbitnya sesuatu hal (peperangan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meledakkan | 1. menjadikan meledak, meletupkan: mereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu; 2. menyebabkan terbitnya atau timbulnya sesuatu hal (spt peperangan, kemarahan, dll): ~ revolusi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peledakan | 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ledakan | 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekuda | 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuda-kuda | , kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuda-kuda | 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahankan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuda | 1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |