lejang | 1. sepak, tendang, lompat; se~ kuda berlari a) sejauh kuda melompat; b) pujian bagi rumah yg cantik; 2. gerakan yg cepat (berlari, terbang, dll); se~ terbang secepat terbang, cepat sekali; 3. (Kej) gerakan omboh (pd enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan; ~ ekzos lejang keempat atau terakhir (pd enjin empat lejang); melejang 1. menendang, menerajang, melompat sambil berlari (spt kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dll); melejangkan, melejang-lejangkan menghulurkan (kaki), menyepakkan, menendangkan; pelejang sesuatu yg melejang (spt pesawat pd perangkap, jebak, dll): ia memasang getah ~ di pintu jebak; kuda ~ bukit prb orang yg jadi perkakas (pesuruh dll) orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |