Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lekap
Kata Terbitan : melekap, melekapkan, terlekap,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lekap; melekap 1 melekat; menempel: Cicak dpt ~ di dinding. 2 tidak berenggang; berdekatan: Jika ada tetamu, anak itu asyik ~ pd emaknya. melekapkan 1 menjadikan sesuatu melekap; melekatkan: Ia ~ gambar itu ke dlm albumnya. 2 mendekatkan; merapatkan: Ia ~ telinganya ke dinding utk mendengar perbualan ayahnya. lekapan sesuatu yg melekap; sesuatu yg dilekapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lekap Ilekat (rapat sekali), merapat, me­nempel; melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; melekapkan 1. menjadikan melekap, mele­katkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekat­kan, mendempetkan: kepalanya dilekapkan­nya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap; pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau melekapkan; pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk mendakap.Kamus Dewan Edisi Keempat
melekapkan1 menjadikan sesuatu melekap; melekatkan: Ia ~ gambar itu ke dlm albumnya. 2 mendekatkan; merapatkan: Ia ~ telinganya ke dinding utk mendengar perbualan ayahnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melekapkan1. menjadikan melekap, mele­katkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekat­kan, mendempetkan: kepalanya dilekapkan­nya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
menuami1. menekankan (melekapkan) tuam pd, mengurut (mema­naskan) bahagian tubuh yg sakit dgn tuam, mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang askar sedang ~ mun­cung senapang ke arah perutnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menuam1. menekankan (melekapkan) tuam pd, mengurut (mema­naskan) bahagian tubuh yg sakit dgn tuam, mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang askar sedang ~ mun­cung senapang ke arah perutnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkap1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Rangkap1 lipat dua (tiga dan seterusnya); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy dll) yg melambangkan satu bunyi. 2 Beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun.Kamus Pelajar
tutup I1. = tertutup tidak terbuka, terkatup: semua kedai kecuali kedai makanan ~ pd hari Ahad; baju jas ~; 2. = tutupan, penutup sesuatu yg digunakan utk menudungi (menyelubungi dll) sesuatu; ~ botol sumbat botol (drpd gabus dll); ~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yg dihiasi dgn sulaman; ~ kepala tudung kepala (song-kok, terbus, dll); ~ malu sesuatu yg dipakai dll supaya jangan mendapat malu; ~ meja kain alas meja; ~ mulut a) tinggal diam mem-bisu, tidak berkata-kata; b) bp rasuah, wang suap; ~ pintu a) bp menutup pintu; b) daun pintu; ~ sanggul sj cucuk sanggul; ~ tiang alang rumah yg dipasang dr tiang ke tiang; bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tu-dung): mangkuk ~; perempuan Islam bukan-nya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju; menutup 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hen-daklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasuk-kan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. men-jadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempoh-nya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; ~ buku a) mengatup buku; b) memasukkan ke dlm buku kira-kira (wang keluar masuk); ~ jalan a) tidak membenarkan lalu; b) menye-kat drpd melakukan sesuatu; ~ mata a) memejamkan mata; b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat; c) sengaja tidak mahu mengambil tahu: sese-orang tidak harus ~ mata kpd ilmu-ilmu yg berasaskan sains; d) mati, meninggal; ~ muka melindungi muka dgn sesuatu; ~ mulut a) diam sahaja; b) tidak mahu memberitahu; ~ pintu tidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dll); tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu); ~ telinga a) melekapkan sesuatu pd telinga supaya tidak mendengar; b) sengaja tidak mahu mendengar; menutupi 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; ~ pintu banyak pintu yg ditutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; menutupkan 1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk: maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutup­kannya pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukul tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa): ia mesti ~ puasanya; tertutup 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; bersikap ~ bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dll); tutupan 1. alat utk menutup, tudung; 2. sesuatu yg ditutup; orang ~ orang yg dihukum penjara; rumah ~ penjara; penutupan perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; penutup 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; mendengar 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~, dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1 orang yg mendengar: ~ radio. 2 alat atau perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas