melelakan | menggerak-gerakkan (badan, pedang dsb) dgn elok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melelakan | menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lela II | /léla/ tingkah laku atau gerak geri yg elok. berlela berlagak; bermain (pedang dll); bergaya. melela melagakkan diri dgn melakukan gerakan yg elok-elok; menunjuk-nunjuk: Maka Hang Tuah pun bangkit berdiri seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar. melelakan menggerak-gerakkan (badan, pedang dsb) dgn elok. selela-lela sesuka hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lela I | (léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerakgeri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, memperlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |