melembing | meradak (menikam, melempar) dgn lembing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melembing | meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembing | 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembing | 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm permainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ tergadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |