menembak | 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghulurkan | 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghujani | 1 melepaskan panah, peluru dll banyak-banyak pd: Mereka ~ musuh dgn peluru. 2 datang atau menimpa dgn banyaknya (bkn bom, peluru dsb): Dlm masa pengunduran itu, tentera Vietnam telah dihujani bom. 3 datang (dikemukakan dll) dgn banyaknya pd: dihujani surat (soalan, pertanyaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menembakkan | 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menendang bola ke arah gol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memecat | 1. melepaskan, memberhentikan (drpd jawatan, keanggotaan persatuan, dll): bagaimana kita ~nya kerana tiada apa salahnya kpd kita; dia dipecat kerana melanggar undang-undang persatuan; 2. mengeluarkan, menyingkirkan (drpd sekolah dll); 3. membebaskan drpd jawatan (utk sementara waktu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghulurkan | 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberondongkan | 1. melepaskan tembakan dgn tidak putus-putus, menghujani dgn peluru; 2. memukul bertubi-tubi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberondong | 1. melepaskan tembakan dgn tidak putus-putus, menghujani dgn peluru; 2. memukul bertubi-tubi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecat | ; memecat 1. melepaskan, memberhentikan (drpd jawatan, keanggotaan persatuan, dll): bagaimana kita ~nya kerana tiada apa salahnya kpd kita; dia dipecat kerana melanggar undang-undang persatuan; 2. mengeluarkan, menyingkirkan (drpd sekolah dll); 3. membebaskan drpd jawatan (utk sementara waktu); pemecatan perbuatan memecat, pembuangan: ~ duta dan para pegawai dr negara-negara lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berondong | Jk; memberondong, memberondongkan 1. melepaskan tembakan dgn tidak putus-putus, menghujani dgn peluru; 2. memukul bertubi-tubi;berondongan berdentam-dentam, berdetus-detus (bunyi senapang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |