letak | tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusun | 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bangku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pasukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di percetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ kamus mengarang atau membuat kamus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpangkan | 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menumpang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitipkan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaruh | 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menempatkan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membubuh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusun | 1. meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan keduadua belah tapak tangan spt hendak menyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (mengarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyandarkan | 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaruh | 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletakkan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?menaruh | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susun | 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bangku di dlm dewan. | Kamus Pelajar |
menyusun | 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bangku di dlm dewan. | Kamus Pelajar |
menegakkan | 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |