melewati | 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melewati | 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlambat | melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebih umur | melewati umur (yg dikehendaki), tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melangkaui | melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun yg kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trai | perbuatan meletakkan bola melewati garisan gol pihak lawan (dlm permainan ragbi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serantau | dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melebihi | 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belir | Pr berlebih-lebih, melewati batas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termakan bulan | telah melangkaui atau melewati sesuatu tempoh (masa) yg ditentukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |