Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menengok1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;Kamus Dewan Edisi Keempat
penglihatan1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
pelihatan1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tengok(téngok); tengok-tengok tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;menengok 1. pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang: pd suatu pagi spt biasa aku pergilah ~ tuar dan pe­rang­kap; 2. melihat pertunjukan dll, menon­ton: selalu dia mempelawa Ida ~ wayang; 3. melawat (orang sakit dll), menjenguk; hari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit; 4. melihat buruk baiknya (nasib dll), menilik, meramalkan; 5. bp berjumpa, bertemu: sekarang saya sudah lama tidak ~ dia;tertengok menengok (melihat) dgn tidak sengaja: kalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana?Kamus Dewan Edisi Keempat
pandangpenglihatan terhadap sesuatu: melayangkan ~ melihat jauh-jauh; selayang ~ penglihatan sepintas lalu. berpandang-pandangan saling melihat; sama-sama melihat antara satu dgn yg lain: Orang besar-besar itu pula ~ antara satu dgn yg lain. memandang 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). memandangkan membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. terpandang 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. pandangan 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. berpandangan mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. pemandangan 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menengok1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kagumberasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub: saya ~ melihat keberaniannya; beliau ~ melihat kemajuan yg telah dicapai oleh negara ini; mengagumi kagum (hairan, takjub) akan: ~ keindahan alam; mengagumkan menimbulkan (menyebab­kan) kagum, menghairankan, menakjubkan: kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~; kekaguman ketakjuban, kehairanan; pengagum orang yg mengagumi sesuatu: para pelajar di Barat, sekadar ~ kewibawaan para profesornya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tengok/téngok/; menengok 1 melihat sesuatu pertunjukan dll; menonton: Dia mengajak saya pergi ~ wayang gambar di pekan. 2 pergi melihat orang yg sedang sakit; melawat; menziarahi: Hari-hari dia pergi ~ adiknya yg sedang sakit di hospital. 3 pergi melihat utk mengetahui keadaan sesuatu: Dia pergi ke sawah ~ padinya. 4 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menilik; meramalkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menilik1 melihat dgn sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti: Ia berdiri di hadapan cermin dan ~ wajahnya puas-puas. 2 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menenung; meramalkan: Kononnya orang tua itu ahli nujum yg pandai ~ nasib orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rabunkurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas