Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
limpah
Kata Terbitan : berlimpah-limpah, melimpah-limpah, melimpah, melimpahkan, limpahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melimpahkan1 menjadikan melimpah; menumpahkan. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Emaknya selalu ~ air mata. 3 mengurniakan sesuatu dgn banyak: Tuhan telah ~ rezeki kpdnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melimpahkan1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar;Kamus Dewan Edisi Keempat
limpah1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencurahkan1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpah­kan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak­-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyum­bangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencucurkan1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencucuri1. menuang air dsb pd, menyi­rami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencucurkan1. mengalirkan turun, me­mancarkan, memancurkan; ~ air mata me­nangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi;Kamus Dewan Edisi Keempat
rahmat1 belas kasihan: Moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atasnya. 2 kurnia (Allah): Moga-moga Allah melimpahkan ~ dan nikmat hidup ke atasnya. merahmati 1 mengasihi. 2 memberkati; memberi rahmat kpd.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hubaya-hubaya1 ambil perhatian; awas-awas; jaga-jaga: ~ supaya tidak terbeli barang yg palsu. 2 mudah-mudahan; moga-moga: ~ Allah akan melimpahkan rahmat kpd kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hubaya; hubaya-hubaya 1 ambil perhatian; awas-awas; jaga-jaga: ~ supaya tidak terbeli barang yg palsu. 2 mudah-mudahan; moga-moga: ~ Allah akan melimpahkan rahmat kpd kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas