Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lingkar1 keluk bergelung yg merupakan bulatan; gelung: se~ rotan. 2 simpai pd roda (tong dsb); bingkai. 3 keliling pd sesuatu bulatan; lilit. berlingkar 1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya. melingkar 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. melingkari 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. melingkarkan membuat (bergerak dll) supaya berlingkar; menggelungkan: Kelasi itu sedang ~ tali sauh. lingkaran 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lingkar1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, me­lilitkan, menggelungkan: logam ini di­lingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
melingkari1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
melingkar1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melingkar1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
melilit1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas;Kamus Dewan Edisi Keempat
membelit1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lilit1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
carang Ibahagian spt ranting yg melingkar­lingkar yg tumbuh pd batang pokok menjalar (labu, sirih, dll); bercarang-carang mencuar-cuar, berceran­cangan: ~ spt tanduk rusa; mencarang 1. spt carang; 2. memetik sirih carang.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelung, = gelungan 1 apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2 apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok: ~ rambut kelok atau ikal rambut. bergelung berlingkar bentuknya kerana digulung: Dia meluruskan dawai yg ~ itu dahulu sebelum menggunakannya. menggelung membuat atau membentuk gelung (drpd sesuatu); melingkar: ~ rotan. menggelungkan menjadikan sesuatu bergelung atau berlingkar; melingkarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas