lompatan | 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berloncatan | melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berloncat-loncatan | melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompatan | 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lonjak | gerakan ke atas dgn melompat (spt gerakan orang hendak mencapai sesuatu). melonjak 1 melompat ke atas dgn kedua-dua belah kaki (utk mencapai sesuatu): Ia ~ hendak mencapai bungkusan yg di atas para itu. 2 melambung (bkn bola): Bola getah itu ~ apabila dicampakkan ke tanah. 3 meningkat naik atau melompat naik dgn tiba-tiba (bkn harga): Harga gula ~ dr 20 sen hingga 40 sen sekati. melonjak-lonjak 1 melompat atau melonjak beberapa kali kerana girang dll: Anaknya ~ melihat ibunya pulang dr pasar. 2 ki menjadi-jadi (bkn perasaan dsb); meluap-luap: Kegembiraan ~ dlm dada Mak Tijah kerana kepulangan anak lelakinya dr perantauan. terlonjak melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
loncat I | lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lonjak | perbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping (padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong); berlonjak-lonjak melompat-lompat keriangan: budak-budak itu ~ di kerusi belakang; berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka; melonjak 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll): budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang; melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak; terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~ rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka (girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya,dll); terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinjakinja, terloncat-loncat; lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti; pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melompat darjah | naik ke darjah yg lebih tinggi drpd yg sepatutnya (spt dr dajah dua ke darjah empat) kerana mendapat markah yg amat baik dlm peperiksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melompat | bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melompat | mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |