Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lom.pong] | ملومڤوڠ

Definisi : ; kosong ~ bp kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka; lopong II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melompong


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melompong; kosong ~ bp kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka; lopong II.Kamus Dewan Edisi Keempat
kosong melompongbp kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka; lopong II.Kamus Dewan Edisi Keempat
kosong melompongkosong sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
bolong melompongbp kosong sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
bolong IIJw berlubang (tembus) spt paip dll; ~ melompong bp kosong sama sekali; siang hari ~ bp siang hari benar; sundal ~ langsuir, puntianak; tengah hari ~ bp tengah hari benar; wang ~ ark duit syiling yg berharga lima sen (yg berlubang di tengah); berbolong-bolong berlubang-lubang (tembus).Kamus Dewan Edisi Keempat
lompong I1. kosong, hampa; 2. ki bodoh, pandir; melompong; kosong ~ bp kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka; lopong II.Kamus Dewan Edisi Keempat
kosong1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas