melonjakkan | menjadikan (menyebabkan) melonjak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelonjakan | perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lonjak | perbuatan melompat ke atas (dgn kedua-dua belah kaki); ~ bagai labu dibenam prb angkuh, sombong; spt ~ alu penumbuk emping (padi) prb perihal berjalan dgn kacak (sombong); berlonjak-lonjak melompat-lompat keriangan: budak-budak itu ~ di kerusi belakang; berlonjakan berlonjak-lonjak: budak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka; melonjak 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; melonjak-lonjak 1. melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dll): budak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; 2. ki meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dll): keinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang; melonjakkan menjadikan (menyebabkan) melonjak; terlonjak 1. melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll): melihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya; ~ rasa semangat terlampau (terlalu) gembira; hati ~ terlalu suka (girang) hati; 2. menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya,dll); terlonjak-lonjak melonjak-lonjak, terkinjakinja, terloncat-loncat; lonjakan 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti; pelonjakan perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan: mungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dlm pucuk pimpinan politik?; pengukuhan ringgit akan diberi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |