lorong | jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lorong I | jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan perkampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (permintaan dll): permintaan mereka dilorongkan Tuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melorongkan | 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melorongkan | 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (permintaan dll): permintaan mereka dilorongkan Tuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sawar | 1 ranting-ranting kayu, duri dll yg digunakan sbg penghalang (supaya jalan tidak dilalui orang, pokok tidak dipanjat orang dll). 2 semacam belat yg dibuat drpd duri dll utk melorongkan binatang masuk perangkap atau ikan masuk lukah. menyawar memasang sawar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sawar | 1. penghalang yg dibuat drpd ranting kayu, duri, rotan, dll (utk menutup jalan, supaya pokok tidak dipanjat orang, dll); 2. semacam belat yg dibuat drpd ranting kayu, duri, dll (utk melorongkan binatang masuk perangkap, ikan masuk lukah, dll); menyawar memasang sawar, menghalang dgn sawar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |