meluangkan | mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluangkan | mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyempatkan | mengadakan peluang utk, meluangkan waktu utk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melowongkan | mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelonggaran | perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lowong | tidak ada yg menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dsb), terluang, kosong; melowongkan mengosongkan (jawatan, pangkat, dsb), meluangkan; lowongan jawatan (pekerjaan) kosong: tahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu; kelowongan keadaan lowong, kekosongan: akan tetapi ~ itu diisi dgn pengarang-pengarang baru yg berbakti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melapangkan | 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melapangkan | 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |