luap | ; meluap 1 mengembang kerana mendidih; meruap. 2 melimpah atau tumpah kerana terlalu penuh dsb. 3 ki makin menjadi-jadi atau makin bertambah-tambah (bkn perasaan, kemarahan dll): Kemarahannya semakin ~ terhadap anaknya yg nakal itu. meluapkan menjadikan meluap: ~ semangat. luapan sesuatu yg meluap. pemeluapan hal atau proses meluap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluap | 1 mengembang kerana mendidih; meruap. 2 melimpah atau tumpah kerana terlalu penuh dsb. 3 ki makin menjadi-jadi atau makin bertambah-tambah (bkn perasaan, kemarahan dll): Kemarahannya semakin ~ terhadap anaknya yg nakal itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluap-luap | bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk menjadi seorang pemuzik profesional ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluap | 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luap | ; meluap 1. mengembang kerana mendidih, meruap: nasi itu telah ~; 2. tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah: pd musim hujan lebat, air sungai itu ~; 3. makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dsb), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala: tiba-tiba datang keinginan yg ~ hendak pulang ke kampung halaman; meluap-luap bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api: timbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; rasa bencinya terhadap penjajah ~; azamnya utk menjadi seorang pemuzik profesional ~; meluapkan menjadikan meluap: perasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah; luapan hasil perbuatan meluap(kan): ~ amarah yg membuak dlm dadanya sudah dapat ditenangkan; peluapan perbuatan meluapkan: ~ semangat muda Mat Yasin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdidih | ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn semangat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendidih | , berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn semangat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didih | ; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn semangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah keperwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses mendidih(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meruap | 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kobar | ; berkobar 1 bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api dll). 2 ki bergelora dgn amat sangat (bkn semangat, perasaan dll); meluap-luap; berapi-api: semangat perjuangan yg ~. mengobarkan menjadikan berkobar-kobar (bkn semangat dll); membangkitkan semangat sehingga meluap-luap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |