meluat | 1 berasa hendak muntah; meloya. 2 tidak suka pd sesuatu; benci: ~ saya melihat perangai budak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluat | 1. berasa hendak muntah, meloya, meluah; 2. sangat benci, menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luat | ; meluat 1. berasa hendak muntah, meloya, meluah; 2. sangat benci, menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu; kemeluatan keadaan (perasaan) meluat: dlm kebencian dan ~, aku tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luat | ; meluat 1 berasa hendak muntah; meloya. 2 tidak suka pd sesuatu; benci: ~ saya melihat perangai budak itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jijik | 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~; menjijikkan 1. berasa jijik akan, menganggap jijik; 2. menimbulkan (mendatangkan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami; kejijikan perihal jijik; penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~ orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemeluatan | keadaan (perasaan) meluat: dlm kebencian dan ~, aku tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cicik I | jijik, meluat; mencicik menganggap cicik, membenci, menghina: orang miskin jangan dicicik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getik II | Pr benci, jijik, meluat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telatah | gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai: meluat benar perasaan Masri melihat ~ Nisah yg mengada-ngada pd malam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampah | 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |