melukiskan | 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melukiskan | ki 1. membayangkan, menampakkan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengukirkan | melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh dll): Beliaulah yg telah ~ awan larat pd pintu gedung itu. | Kamus Pelajar |
mengukirkan | 1. melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh, dll), melukis-kan dgn mengukir: dia sedang ~ lambang negara pd pintu besar bangunan itu; 2. meng-gambarkan sesuatu (peristiwa dsb) dgn indah: sejarah telah ~ kisah-kisah penting apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah; 3. ki melekatkan (menyimpan) dlm hati: kenang-kenangan manis itu akan diukirkan dlm hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelukisan | perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwaperistiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melakarkan | membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukir | mengukirkan melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh dll): Beliaulah yg telah ~ awan larat pd pintu gedung itu. | Kamus Pelajar |
lirik II | 1 puisi yg melukiskan perasaan. 2 seni kata (dlm sesebuah lagu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemplot(plotter) | Peranti output yang melukiskan lukisan atau graf pada kertas secara automatik dengan menyambungkan titik-titik data satu per satu. | Kamus Komputer |
penggambaran | 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |