lumat | 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn menumbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunyah | 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunyah | ; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; mengunyahkan mengunyah utk (orang lain); terkunyah 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah; pengunyahan perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melumatkan | 1. menjadikan lumat dgn menumbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggiling | 1 menghancurkan atau melumatkan dgn benda berat: ~ rempah. 2 menindih dgn benda-benda bulat yg berat supaya padat atau rata. 3 mengapit di antara dua benda bulat yg berputar. 4 melanggar sesuatu dgn benda bulat yg bergolek; menggelek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggiling | 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggiling | 1. menghancurkan atau melumatkan dgn benda berat: ~ rempah. 2. menindih dgn benda-benda bulat yg berat supaya padat atau rata. 3. mengapit di antara dua benda bulat yg berputar. 4. melanggar sesuatu dgn benda bulat yg bergolek; menggelek. | Kamus Pelajar |
giling | ; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk meratakan atau memadatkan jalan. menggiling 1 menghancurkan atau melumatkan dgn benda berat: ~ rempah. 2 menindih dgn benda-benda bulat yg berat supaya padat atau rata. 3 mengapit di antara dua benda bulat yg berputar. 4 melanggar sesuatu dgn benda bulat yg bergolek; menggelek. penggiling benda yg digunakan utk menggiling. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
giling | ; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk meratakan atau memadatkan jalan. menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan dgn benda berat: ~ rempah. 2. menindih dgn benda-benda bulat yg berat supaya padat atau rata. 3. mengapit di antara dua benda bulat yg berputar. 4. melanggar sesuatu dgn benda bulat yg bergolek; menggelek. penggiling benda yg digunakan utk menggiling. | Kamus Pelajar |
menghancurkan | 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |