ketidakfahaman | perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memahami | 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memahami | 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memahami | 1. tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2. pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. | Kamus Pelajar |
pemahaman bahasa tabii(natural language understanding) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU. | Kamus Komputer |
arif | 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn mendalam atau luas pengetahuannya): saya mengangguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seniman, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memaklumi | memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insaf | dpt memahami sesuatu perkara sehingga memperoleh kesedaran: Dr hari itu, baginda ~ akan segala perbuatannya yg jahat. ~ akan dirinya sedar akan dirinya. menginsafi mengerti serta menyedari keadaan yg sebenarnya: Dia ~ kekurangan dirinya. menginsafkan menasihati seseorang supaya insaf; menjadikan insaf; menyedarkan: Peristiwa itu telah ~ orang ramai ttg perlunya hidup bermasyarakat. keinsafan perihal insaf; rasa insaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemahaman | hal memahami atau memahamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemahaman | perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |