memajmukkan | menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemajmukan | perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majmuk | terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan; cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd) dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mempunyai satu pengertian; masyarakat ~ masyarakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa; minyak ~ sj minyak wangi (merupakan campuran drpd beberapa jenis minyak wangi lain); memajmukkan menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk; kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat dlm sesuatu (gabungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Ma-laysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia; pemajmukan perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |