pakat | 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian; sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; bersepakat semuafakat, sepakat, setuju; menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati; kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; persepakatan permuafakatan, persetujuan; berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memakati | 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |