memaksudkan | 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memaksudkan | 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengujudkan | memaksudkan, menghendaki | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengujud | , mengujudkan memaksudkan, menghendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasadkan | sl memaksudkan, meniatkan: akan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal drpd ibunya sudah kenalah yg dikasadkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengazamkan | berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengazamkan | berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. | Kamus Pelajar |
meniatkan | 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2 menjadikan sesuatu sbg niat; menjanjikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meniatkan | 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2menjadikan sesuatu sbg niat; menjanjikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan. | Kamus Pelajar |
kasad | Ar maksud, niat, tujuan: ~ saya datang ini sekadar hendak berjumpa sahaja; mengasadkan sl memaksudkan, meniatkan: akan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal drpd ibunya sudah kenalah yg dikasadkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |