Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
paku (kata nama)
Bersinonim dengan pemaku, skru, nat;,
Kata Terbitan : memaku, memakukan, terpaku,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paku I1 benda yg tajam hujungnya serta berkepala dan digunakan utk melekatkan dua benda yg hendak dirapatkan; pasak besi dll yg berkepala serta tajam hujungnya. 2 tanda pangkat pegawai pasukan bersenjata, yg disematkan di bahu baju. ~ belanda harga yg tidak boleh ditawar-tawar lagi; harga tetap. ~ besi pasak yg dibuat drpd besi. ~ mati a. paku yg tidak dpt dicabut lagi. b. hal yg tidak boleh diubah-ubah. ~ payung paku yg lebar kepalanya. ~ tekan paku kecil yg digunakan dgn menekan kepalanya dgn jari dll. memaku 1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya. memakukan melekatkan sesuatu dgn paku: ~ papan nama ke pintu. terpaku 1 dlm keadaan telah dipakukan; terlekat dgn paku. 2 dlm keadaan tidak bergerak-gerak: Dia ~ ketika mendengar berita buruk itu. Pandangannya ~ ke arah gadis kecil itu. pepaku benda yg bentuknya spt paku: Di sebelah hujung alat itu terdapat beberapa ~ yg tajam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
paku I1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya; ~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg ke­palanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan; memulangkan ~ buah keras prb membang­kitkan kembali perkara yg sudah lepas, me­nempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi; berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd: memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi. memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekal­kan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya; terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
memaku1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memaku1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi.Kamus Dewan Edisi Keempat
memaku1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya. memakukan melekatkan sesuatu dgn paku: ~ papan nama ke pintu. Kamus Pelajar
paku mati1. paku yg yg tidak boleh dicabut-­cabut lagi; 2. hal yg tidak boleh diubah-ubah lagi; memakumatikan memaku dgn paku mati: papan itu telah dipakumatikan pd peti itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasak I1. sj baji (paku) drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu; 2. sj skru drpd logam yg mempunyai kepala (nat) utk mencantum­kan alat-alat mesin; ~ aman pasak pd senapang utk menjaga supaya jangan meletus; ~ kampung a) penduduk kampung yg tinggal tetap (tidak pernah ke mana-mana); b) orang kampung (dusun, hulu); ~ kuku garis hitam di tengah kuku kuda; ~ kunci ark orang yg berkuasa; ~ negeri orang yg paling dihormati (tempat berunding dll) dlm sesebuah negeri; besar ~ drpd tiang prb besar belanja drpd pendapatan; berpasak dilekatkan dgn pasak: peti itu ~ mati pd lantai dlm bilik; memasak mengenakan (memasang) pasak, memaku dgn pasak; memasakkan menggunakan (memaku) se­suatu sbg pasak, memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau memperingat­kan benar-benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
salib1. dua batang kayu yg bersilang spt tanda campur; 2. tanda yg berupa garis yg bersilang spt tanda campur (lambang agama Kristian, Palang Merah, dll); menyalib menghukum mati dgn mengikat atau memaku orang yg dihukum itu pd kayu salib; penyaliban perihal (perbuatan dsb) me­nyalib.Kamus Dewan Edisi Keempat
paku I1 benda yg tajam hujungnya serta berkepala dan digunakan utk melekatkan dua benda yg hendak dirapatkan; pasak besi dll yg berkepala serta tajam hujungnya. 2 tanda pangkat pegawai pasukan bersenjata yg disematkan di bahu baju. ~ belanda harga yg tidak boleh ditawar-tawar lagi; harga tetap. ~ besi pasak yg dibuat drpd besi. ~ mati a. paku yg tidak dpt dicabut lagi. b. hal yg tidak boleh diubah-ubah. ~ payung paku yg lebar kepalanya. ~ tekan paku kecil yg digunakan dgn menekan kepalanya dgn jari dll. memaku 1 memasang paku pd; memantakkan paku pd: ~ dinding. 2 ki tidak bergerak-gerak dr tempat duduk dll: Walaupun dipanggil berkali-kali, ia tetap ~ di kerusinya. memakukan melekatkan sesuatu dgn paku: ~ papan nama ke pintu. terpaku 1 dlm keadaan telah dipakukan; terlekat dgn paku. 2 dlm keadaan tidak bergerak-gerak: Dia ~ ketika mendengar berita buruk itu. Pandangannya ~ ke arah gadis kecil itu. pepaku alat yg bentuknya spt paku: Di sebelah hujung alat itu terdapat beberapa ~ yg tajam.Kamus Pelajar
payung I1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas mata­hari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan diguna­kan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugur­kan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg me­lindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg ber­batang tinggi dan berwarna-warni (utk menun­jukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk me­nunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mem­pertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk mema­yungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (ter­utama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas