memalangi | mengenakan (memasang) palang pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalangi | ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palang | 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ×); ~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau persatuan sukarela antarabangsa (yg berlambangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya); memalang mengenakan (memasang) palang; memalangi mengenakan (memasang) palang pd; memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malang | 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |